Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 13 October 2013

Gila: Askar Minum Darah Kambing Untuk Ritual Vodoo

Askar-askar yang dibubarkan percaya ritual meminum darah kambing akan dapat membantu tentera diwujudkan semula di Haiti.

Upacara yang merupakan sebahagian daripada amalan ilmu hitam dikenali sebagai voodoo itu berlangsung di sini kelmarin.

Selepas meminum darah kambing yang dipanaskan, mereka berarak di sepanjang jalan raya di sini untuk meraikan ulang tahun ke-210 kewujudan bendera kebangsaan Haiti.


Askar-askar tersebut menuntut pemerintah mewujudkan semula tentera di negara Amerika Tengah itu.

Angkatan Bersenjata Kebangsaan Haiti dibubarkan pada 1995 kerana ia kerap terlibat menggulingkan pemerintah dan menggunakan kekerasan dalam menangani tunjuk perasaan. - AP

No comments:

Post a Comment