Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 26 October 2013

GST Ganti Cukai Jualan Mulai 1 April 2014


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2014 semalam mengemukakan cadangan kerajaan untuk memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan menggantikannya dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus.
Kadar enam peratus itu yang terendah di rantau Asia Tenggara berbanding dikenakan negara lain iaitu antara tujuh hingga 10 peratus.
Pelaksanaan GST untuk memastikan pengguna tidak membayar cukai secara berulang seperti yang dilaksanakan kini dan ia hanya memberi impak yang minimum ke atas harga barang.
Menurutnya, pelaksanaan GST tidak akan dikenakan ke atas barang makanan asas, air dan 200 unit pertama elektrik, perkhidmatan kerajaan, pengangkutan serta sewa beli kediaman tertentu.

No comments:

Post a Comment