Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 5 October 2013

Kisah Nurul Fatihah baru kenal seminggu terus ajak kahwin

SAYA kenal dengan suami tidak lama hanya seminggu. Betul cakap orang tua kalau sudah jodoh tidak ke mana.
Jika diikutkan sebelum ini kami tidak pernah mengenali satu sama lain walaupun tinggal satu Felda kerana selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di negeri lain.

Perkenalan kami semuanya bermula gara-gara suami mengkritik karakter saya mudah mesra dan peramah melayan orang ramai yang berkunjung ke kolam ikan bapa saya. Sedangkan pada masa itu kami tidak kenal.
Situasi itu berlaku mungkin kerana suami kurang senang apabila melihat tingkah laku seorang perempuan jenis pemikiran terbuka dan terlalu peramah.
Sejak detik itu, kami mula berkawan dan dia berterus mahu serius dalam perhubungan serta mahu menjadikan saya permaisuri hatinya. Paling tersentuh hati apabila suami sanggup bertemu bapa (bapa agak garang) untuk memberitahu hasratnya.
Tetapi sudah ditakdirkan kami bersama, bapa sangat berkenaan dengan karakter suami saat kali pertama berjumpa dan merestui hubungan kami berdua.
Hati saya sendiri seakan pasti, suami adalah jodoh terbaik untuk saya kerana selain kesungguhan dalam perhubungan, matang, dia juga boleh membimbing saya melalui pendekatan diplomasinya (saya jenis sukar ditegur).
Paling saya yakin mampu bergelar isteri pada usia masih mula pada umur 21 tahun apabila kami serasi bersama serta mempunyai hobi sama iaitu menggemari aktiviti lasak ekspedisi pacuan empat roda 4×4 dengan menjelajah hutan simpan.
Kami mengikat tali pertunangan selama enam bulan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan. Nostalgia paling manis apabila kami mengabadikan kenangan gambar kahwin di sekitar kolam memancing ikan tempat kami mula bertemu sebagai mengimbas memori indah.
Walaupun saya pernah berkawan dengan ramai orang, namun kebanyakannya tidak terlalu serius dalam perhubungan mungkin kerana masih belum mahu memikul tanggungjawab pada usia muda.
Memang saya sendiri pada asalnya tidak pernah meletakkan sasaran untuk kahwin awal kerana mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah serta mahu menjadi seorang wartawan tetapi takdir merubah segalanya. Saya bahagia memiliki keluarga sendiri dengan dikelilingi sepasang cahaya mata.
Perancangan saya pada tahun depan mahu mengusahakan semula kolam ikan berkenaan setelah terbiar beberapa tahun selepas kematian ayah tersayang.
Kisah kiriman:
Nurul Fatihah Yusof, 25,
Pembantu Kedai, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap.

No comments:

Post a Comment