Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 3 October 2013

Linda Hashim Kini Hamil 2 Bulan, Beego Alami Alahan

Terlebih dahulu, ucapan tahniah buat pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim yang khabarnya sedang menantikan orang baru. Menurut info, Linda Hashim khabarnya kini telah pun mengandung 2 bulan.

Menurut Linda, "Semasa awal kehamilan dulu memang beliau mengalami lemah badan dan loya-loya tapi tidaklah sehingga muntah. Yang kelakarnya bukan morning sickness tapi evening sickness. Dalam minggu lepas pun Linda lemah sangat sebab demam.

Linda Hashim ditemui sewaktu majlis pelancaran drama Mencintaimu di ibu kota semalam bersama suaminya kelihatan semakin berseri walaupun mengalami alahan di awal kehamilan.


Namun nampaknya bukan Linda sahaja mengalami alahan, malah Beego juga turut terkena tempias pembawakan budak dari isterinya.

Menurut Beego pula, "Sebelum Linda disahkan mengandung dulu, saya alami morning sickness. Saya hilang selera makan waktu pagi, tak sedap badan dan sebagainya. Bila tanya Linda, dia pun kata dia tak sihat. So bila pergi check dan tahu Linda mengandung, baru sedar yang benda ni boleh terjadi kepada suami.

Tapi saya dah berdoa kepada Allah S.W.T, sekiranya Linda sakit, pindahkan sakit Linda kepada saya. Dalam pada itu, Beego mengakui dirinya sangat gementar sebaik sahaja mendapat tahu bahawa dirinya bakal menjadi seorang ayah.


No comments:

Post a Comment