Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 12 October 2013

Majlis Perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel

Kerana takut dan menghormati kontrak yang sama-sama telah dipersetujui dengan MIG Metrowealth, Wawa Zainal mengambil jalan mudah dengan menyembunyikan status perkahwinannya dengan Aeril Zafrel.
Semalam merupakan kemuncak kepada kemelut mereka berdua apabila akhirnya telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan dakwaan Majalah BiPop Ahad lalu berkenaan pernikahan mereka pada 4 Februari lalu dan kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Apapun, semuanya sudah berakhir dan Wawa Zainal kini sudah mampu menarik nafas lega. Cuma, dia perlu berjumpa dengan David Teo bagi menjernihkan hubungan mereka berdua dan kembali berlakon seperti sebelum ini.


No comments:

Post a Comment