Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday, 6 October 2013

Mayat terakhir tragedi lemas di Tasik Pangkalan Balak, Pedu dekat Alor Setar semalam ditemui pagi ini.
Mayat Karim Taufik, 36, ditemui terapung kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada pukul 7.45 pagi ini oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, penemuan mayat terakhir itu menjadikan jumlah semua yang lemas dalam kejadian itu ialah empat orang.


Katanya, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bermalam di lokasi kejadian selepas operasi dihentikan pukul 7 petang semalam.
“Sebelum menyambung operasi pagi ini yang sepatutnya bermula pukul 8 pagi, mereka terlebih dahulu menyuluh sekitar kawasan kejadian yang masih gelap dan berkabus dan ternampak mayat mangsa.
“Mayat terakhir itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat. Berikutan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 8.30 pagi ini,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, tiga mayat termasuk dua beradik iaitu Siti Nor Afliana Yahya, 13, dan kakaknya, Siti Nor Afliana, 16, serta jiran mereka, Siti Hajar Azmi, 12, ditemui selepas ‘ditarik’ ke dalam air akibat ribut ketika sedang bermain air paras lutut di gigi air tasik tersebut.
Kesemua mangsa merupakan antara 23 orang daripada empat buah keluarga dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini yang menghabiskan cuti hujung minggu dengan berkelah di tasik itu.

No comments:

Post a Comment