Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 26 October 2013

Mazlan Aliman menang saman malu bernilai RM380,000??


Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman akan mengadakan kenduri kesyukuran dan menjemput rakan selepas menang saman malu bernilai RM380,000 ke atas kerajaan kelmarin.
Mazlan berkemungkinan akan mengadakan kenduri kesyukuran itu di Felda Lembah Klau, lokasi di mana beliau ditangkap kerana didakwa berceramah tanpa permit tiga tahun lalu.
Mahkamah Tinggi di sini kelmarin memutuskan kerajaan perlu membayar ganti rugi am RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, ganti rugi kos RM20,000 dan faedah penghakiman ke atas RM350,000 sebanyak lapan peratus bermula dari tarikh saman dimulakan pada 18 Ogos 2010.
Peguam, Wan Rohimi Wan Daud berkata, keputusan itu dibacakan hakim Akhtar Tahir kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
Beliau berkata, hakim Akhtar Tahir menegaskan setiap warganegara bebas bergerak di dalam negara ini kecuali kawasan larangan.
Menurutnya, hak asasi mesti dipertahankan, polis tidak boleh menangkap selagi orang awam tidak melakukan kesalahan.
Wan Rohimi berkata, pada 9 Mac 2010 kira-kira jam 4.15 petang, Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka Felda Lembah Klau, Raub, berkaitan masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung 30 polis bantuan Felda dengan bersenjata.
Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa meringkuk selama dua hari di lokap IPD tersebut.
Pada 18 Ogos 2010, Mazlan memfailkan writ saman terhadap defendan pertama Pengurus Felda Lembah Klau, Sungai Ruan Awang Sulong dan defendan kedua Lembaga Tanah Kemajuan Persekutuan (Felda).
Turut tersenarai ialah defendan ketiga pegawai polis berpangkat Inspektor Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan keempat.
Mazlan menuntut satu deklarasi bahawa defendan ketiga telah melakukan penahanan yang salah terhadap plaintif bagi tempoh 9 Mac 2010 hingga jam 10 pagi 10 Mac 2010.
Wan Rohimi berkata, ketika perbicaraan, pihak Felda berjaya mengetepikan saman tersebut atas beberapa alasan. Perbicaraan tersebut diteruskan terhadap defendan ketiga dan keempat.

No comments:

Post a Comment