Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 3 October 2013

Menara Ikan Buntal Terbesar Dunia Jadi Pertikaian

Sebuah menara pemantau menyerupai seekor ikan buntal gergasi mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna internet di China, lapor sebuah akhbar..


Dibina menggunakan 8,920 kepingan tembaga dan menelan belanja 70 juta yuan (RM37.4 juta), menara itu terletak di sebuah pulau di daerah ini, dalam wilayah Jiangsu di timur China.

Binaan berkenaan memiliki ketinggian 15 tingkat.

Penduduk setempat yang menyambut baik pembinaan menara itu memberitahu, struktur mewah itu meningkatkan imej daerah mereka.

Namun, ramai pengguna internet menganggap pembinaan menara tersebut satu pembaziran.

"Saya benar-benar memuji golongan kaya ini kerana sanggup berbelanja besar untuk membina sesuatu yang tidak berguna," kata seorang pengguna laman jaringan sosial Sina Weibo, Mother 988 secara sinis.

Akhbar People's Daily yang menjadi lidah pemerintah China mengakui bahawa orang ramai mempunyai pendapat yang berbeza berhubung menara tersebut.

Rekod awam menunjukkan pentadbiran wilayah Jiangsu mempunyai hutang paling banyak di China. - Agensi

No comments:

Post a Comment