Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 22 October 2013

Minaj Pandu Lamborghini Merah Jambu Miliknya.


MINAJ berdiri di sebelah kereta Lamborghini Aventador Roadster miliknya yang berwarna merah jambu di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Penyanyi rap terkenal, Nicky Minaj memandu sebuah kereta sport Lamborghini Aventador Roadster berwarna merah jambu yang berkelajuan 349 kilometer sejam selepas dia melancarkan koleksi fesyen miliknya, Kmart di sini kelmarin.

Kereta tersebut yang telah dicat warna merah jambu dibeli Minaj pada harga kira-kira AS$382,000 (RM1.24 juta) beberapa bulan lalu.

Sebelum ini Minaj dilihat memandu kereta-kereta mewah seperti Bentley berwarna merah jambu, Ferrari dan Maybach.

Kereta miliknya itu menjadi tumpuan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambar tersebut.

Minaj juga memberitahu para pemberita tentang hasrat sebenarnya mengeluarkan jenama fesyennya.

Menurutnya, dia hanya mengeluarkan pelbagai jenis fesyen yang dia suka untuk memakainya.

Jenama fesyennya itu juga mengeluarkan seluar berwarna merah jambu untuk golongan wanita berjoging.

Jenama fesyennya itu juga menjual barang kemas dan topi.

Minaj berkata, pereka fesyen terkenal seperti Chanel, Versace dan Herve Leger menjadi inspirasinya dalam dunia fesyen.

No comments:

Post a Comment