Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 22 October 2013

Neelofa Dan Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives??

Ini lebih kepada mari fokus kepada gambar seksi Neelofa ketika bercuti ke Maldives baru baru ini, heh. Jangan salahkan peminat kerana memberi tumpuan berat sebelah, Fara Fauzana sendiri berkongsi hanya sekeping gambar sepanjang percutian hingga hari ini.
AirAsia X baru baru telah melancarkan destinasi penerbangan baru iaitu kepulauan Maldives dan telah menjemput pengacara Nona iaitu Fara Fauzana dan Neelofa untuk menikmati percutian buat pertama kalinya di destinasi terkenal itu.
Menerusi mStar Online, Fara Fauzana berkata yang beliau terpesona dengan kecantikan pulau di Maldives dan peluang untuk berada di sana satu pengalaman yang luar biasa selain dapat melupakan segala tekanan dan jadual kerja sebagai selebriti.
Neelofa yang sebelum ini kita ketahui pernah bercuti ke banyak pulau pulau indah berkata yang pulau di Maldives memberi pandangan yang berbeza dan tidak sukar untuk menyesuaikan diri kerana majoriti penduduknya adalah Muslim.
Okay cukup ayat PR, ini merupakan beberapa keping foto yang dikongsikan Neelofa & juga Fara Fauzana menerusi Instagram mereka ketika berada salah satu pulau di Maldives. Enjoice!

No comments:

Post a Comment