Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 22 October 2013

Gambar: Nora Danish, Nadeem Nazri Ke Eropah Untuk Bercuti?

Kalau dikumpulkan kisah pasangan kekasih ini pergi bercuti bersama, memang boleh kita jadikan siri travelog untuk televisyen. Terbaru, Nora Danish dan Nadeem Nazri telah terbang ke benua Eropah sebagai destinasi terbaru dalam penjelajahan dua hati ini.
Sebenarnya tidak dapat kami pastikan sama ada Nora Danish dan Nadeem Nazri pergi ke sana untuk urusan kerja atau semata mata bercuti tetapi yang pasti mereka tidak pergi berdua — sengaja tulis untuk elak fitnah di ruangan komen. Eh.
Ketika kami mengeluarkan entri ini, Nora Danish & Nadeem Nazri kini sudah pun berada di kota London dan mereka sebelum itu berada di kota fesyen Paris, Perancis.
Dalam perkembangan berkaitan, Nora Danish baru baru ini mendedahkan yang mereka berdua masih belum membincangkan soal perkahwinan kerana dirinya sendiri masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.
“Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada kesilapan dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik,” ujar Nora Danish.

No comments:

Post a Comment