Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 8 October 2013

Nora Danish Jawab Isu Banglo RM7.2 Juta & Kereta Ferrari

Hubungan antara Nora Danish dengan anak VVIP, Mohamed Nedim Mohamed Nazri kian menjadi perbualan hangat apabila pelakon filem ‘Bencinta’ ini dikatakan menerima hadiah sebuah kereta Ferrari dan rumah banglo bernilai RM7.2 juta dari jejaka tersebut..


Nora Danish ditemui ketika pertandingan ‘Fruitale Star Search’ yang diadakan di Mydin Subang Jaya petang Sabtu,seterusnya mendapatkan penjelasan dari beliau mengenai hadiah mewah yang didakwa dihadiahkan untuknya. “Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora. 


“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.” Ketika ditanya mengenai keterbukaan Nedim di laman sosial miliknya yang menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa..


“Bagi saya, terpulang pada hak individu dan itu adalah hak dia untuk berbuat demikian. Dia berani untuk bersikap terbuka mengenai hubungan kami namun saya tetap dengan prinsip saya, di mana nak berkahwin baru saya akan umum,” ujar pelakon drama ‘Tentang Dhia’ ini sambil menjawab isu kononnya dia hanya memilih untuk berkawan dengan anak Menteri sahaja. “Saya berkawan rapat dengan ramai orang  dan mereka yang bercakap begitu mungkin tidak kenal rapat dengan saya. Benda lepas banyak mengajar saya dan saya sendiri tidak meletakkan kriteria untuk berkawan dengan sesiapa. Bagi saya, apa yang penting adalah persefahaman dan selagi selesa, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”

No comments:

Post a Comment