Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 5 October 2013

Panas...Izzue Islam Menipu Jual Beli Telefon di Instagram?

Nampaknya nama Izzue Islam semakin panas, bukan lagi kerana kisah beliau yang lambat ke lokasi pengambaran tetapi kisah penipuan dalam urusan jual beli telefon bimbit. Untuk info, baru-baru ini wujud satu akaun Instagram palsu yang menggunakan nama Izzue Islam.


Khabarnya, si penipu tersebut telah membuat urus niaga jual beli telefon bimbit kepada peminat melalui laman akaun Instagram palsu yang diberi nama "izzue_4teen".

Bagaimanapun, perkara tersebut disedari Izzue setelah salah seorang pembeli membuat aduan dan memarahinya dalam Instagram sebenar milik Izzue. Izzue yang ditemui wartawan menjelaskan perkara tersebut.

"Saya sebenarnya tidak tahu dan terkejut dengan komen yang dibuat oleh seorang peminat di laman Instagram milik saya. Dia berurusan dengan orang lain tapi datang untuk meminta saya memulangkan wangnya sekitar bulan September lalu."

Tambah Izzue lagi, "Saya masih lagi belum membuat laporan polis tentang kejadian tersebut kerana masih sibuk dengan teater Maduku... Kalut di Istana Budaya. Bagaimanapun, saya sudah minta peminat yang ditipu itu untuk melakukan laporan polis. Kami juga sudah berbincang dan berbicara dengan salah seorang wanita yang ditipu itu."

No comments:

Post a Comment