Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 5 October 2013

Pencabar Dakwa Khairy Kempen Guna Kentera Kerajaan

Pencabar Khairy Jamaluddin untuk jawatan ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail mendakwa menteri belia dan sukan itu menyalahgunakan jentera kementeriannya untuk berkempen bagi pemilihan Umno.
Syed Rosli (kiri) berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Lembaga Disiplin Umno dan juga tidak akan teragak-agak untuk memajukannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau mendakwa bahawa Khairy mengadakan satu majlis ramah mesra beliau bersama menteri di Kompleks Sukan Kampung Pandan pada 2 Oktober lepas pada kira-kira jam 8.30 malam.
Bagaimanapun, Syed Rosli mendakwa bahawa majlis itu sebenarnya digunakan untuk bertemu dan berkempen dengan beberapa pemimpin bahagian, seterusnya memperkenalkan beberapa calon yang bertanding jawatan exco Pemuda Umno Malaysia.
Menurutnya, tindakan itu melanggar perlembagaan Umno yang melibatkan Tataetika Ahli dan termaktub di bawah Fasal 5.5.1 bagi pertandingan peringkat Majlis Tertinggi.
“Calon dilarang berkempen tanpa kebenaran ibupejabat Umno dan pejabat perhubungan Umno negeri.
“Kedua, beliau menyalahgunakan program kementerian untuk kepentingan parti.
“Saya akan serahkan semua bukti ini kepada Lembaga Disiplin Umno dan saya harap lembaga berkenaan dapat mempertimbang bantahan saya,” katanya.
Katanya, beliau juga mempertimbangkan untuk membawa perkara itu kepada SPRM jika Umno tidak bertindak terhadap perkara itu yang didakwanya boleh membatalkan kelayakan Khairy untuk bertanding.
“Saya serah kepada parti, kalau parti gagal, saya akan terus ke peringkat seterusnya atau pihak yang lain,” katanya.
Bercakap lanjut, Syed Rosli turut mengulangi cabarannya kepada Khairy agar melaksanakan sumpah laknat tidak akan mengambil rasuah sepertimana yang beliau (Syed Rosli) sewaktu penamaan calon dahulu.
Menurutnya, jika Khairy menyahut cabaran itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk terus menyokong Khairy jika kekal menjadi ketua Pemuda.
Selain Khairy yang mempertahankan jawatannya, tiga lagi, selain Rosli, yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda ialah Ketua Pemuda cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; bekas ketua Pemuda Umno bahagian Merbok Abd Karim ALi serta ketua Pemuda Umno cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.

No comments:

Post a Comment