Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 10 October 2013

Penganggur dipenjara dua tahun kerana curi RM2 dalam tabung masjid

Padah berhati kering kerana sanggup mencuri RM2 duit tabung masjid, seorang penganggur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Malah, Mohd Hadi Hamzah, 36, dari Kampung Jerlus Melor, turut didenda RM5,000 atau perlu menjalani penjara tambahan selama tempoh enam bulan jika gagal bayar denda.
Tertuduh mengaku salah mencuri dua wang kertas RM1 milik Masjid Muhammadi Jalan Sultanah Zainab di sini, pada jam 9 malam, 24 September lalu.

Pada kejadian itu, seorang jemaah ternampak tertuduh mengait wang dalam tabung masjid dengan lidi sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan masjid yang kemudian bertindak mengintip perbuatan tertuduh lalu menahannya.
Majistret, Nik Habri Muhamad dalam keputusannya semalam, menyifatkan tertuduh sebagai berhati kering kerana sanggup mencuri duit masjid.
“Ini bukan soal berapa ringgit tetapi yang kamu curi itu adalah duit masjid. Saya tidak boleh berkompromi dalam hal ini dan saya tidak mahu kesalahan sama berleluasa,” katanya.
Pendakwaan terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

No comments:

Post a Comment