Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 9 October 2013

Peniaga Kanopi Mati Ditembak Di Kepala

Hajat seorang ahli perniagaan menikmati sup di sebuah restoran selepas penat bermain badminton berakhir dengan dia ditembak mati oleh seorang lelaki memakai topi keledar penutup muka penuh di Taman Kajang Prima di Kajang malam kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 10.30 malam, R. Appalasamy, 47, sedang makan seorang diri dan terdapat beberapa pelanggan lain di dalam restoran tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, semasa sedang menikmati hidangan, mangsa didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar menutup muka dan terus melepaskan dua das tembakan ke arahnya.


“Melihat mangsa rebah, suspek itu terus meninggalkan Appalasamy dengan motosikal yang sedia menunggu di depan restoran itu,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam semalam.
Menurut beliau, Appalasamy yang menjalankan perniagaan membekal kanopi dan juga didakwa mempunyai perniagaan di luar negara mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan dada.

No comments:

Post a Comment