Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashari Sudah Dapat RM219,845.09


Kecoh beberapa hari ini dengan kenyataan penulis asal novel Ombak Rindu yang mengatakan beliau tidak menerima bayaran setimpal selepas karya’nya di’angkat menjadi sebuah filem. Filem adaptasi dengan tajuk yang sama kini masih di’tayangkan di’pawagam dan khabarnya sudah berjaya mengutip lebih RM6 juta sehingga ke hari ini.
Hari ini, pihak penerbit novel Ombak Rindu, Alaf 21 mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan kenyataan tidak tepat yang di’keluarkan oleh Fauziah Ashari baru baru ini.
Alaf 21 mengakui yang mereka sebagai penerbit eksklusif novel hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk mengangkat Ombak Rindu menjadi sebuah filem.
Fauziah Ashari menerima 40% dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Bukan strategi Alaf 21 meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem.
Pihak Alaf 21 berkata projek filem adaptasi ini merupakan satu langkah promosi untuk melariskan kembali jualan buku yang kini sudah kembali di’cetak sebanyak 40 ribu naskah.
Jika cetakan terbaru ini habis terjual — yang kini sudah pun laris 20 ribu naskah — Fauziah Ashari bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
Novel Ombak Rindu sebelum ini sudah tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah Ashari sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002.
Dato’ Hussamuddin Yaacob pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf berkata beliau terkilan dengan sikap Fauziah Ashari yang di’sifatkan sebagai tidak bersyukur tetapi memaafkan tindakan penulis tersebut.

No comments:

Post a Comment