Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 12 October 2013

Petua Kembali Kurus & Langsing Selepas Bersalin

Salah satu perkara yang membimbangkan semua ibu-ibu yang baru melahirkan anak sudah tentulah berat badan dan perut yang menggeleber. Untuk yang berkerja tu, mesti pening kan, semua seluar tak muat, nak sarungkan muat, tapi sampai ke bahagian peha atau pinggul, dah sangkut tak boleh naik dah. Maklumla, dah mengembang. Rasanya semua akan menghadapi masalah yang sama.
Di sini ADMIN ingin kongsikan serba sedikit tips dan panduan berdasarkan pengalaman seseorang yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang ingin kembali kurus dan langsing seperti anak dara:


1) Menitikberatkan penjagaan sewaktu berpantang
Paling penting, pakai bengkung. Bengkung digunakan secara tradisional untuk meramping dan megempiskan perut selain dapat membentuk potongan badan dan punggung.
2) Menyusukan bayi / breastfeeding
Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.
3) Bersenam
Paling bagus setiap hari, 30 minit. Kalau tak sempat pun, buat pada hari minggu. Kalau tak sempat juga, sibukkan diri dengan membuat kerja rumah seperti vacuum rumah, mop lantai rumah, kemas rumah, lap-lap apa yang patut. Buat aktiviti yang banyak bergerak seperti keluar jalan-jalan atau shopping dan bawa anak-anak main di taman permainan.
4) Makan makanan yang boleh bakar lemak
Nak kembali kurus dan langsing pun, jangan sampai tak makan ataupun diet extreme, lebih-lebih lagi untuk ibu yang menyusu. Apa yang boleh anda lakukan, amalkan diet seimbang dan ambil makanan yang boleh membakar lemak contohnya seperti salad, sayur-sayuran hijau, oat dan yogurt.

No comments:

Post a Comment