Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 19 October 2013

Sofi Jikan Makan Hati??

Bakat lakonannya bukan calang-calang. Beri apa saja watak, pasti Sofi Jikan mampu membawanya dengan berkesan.
Kebolehan pemilik nama sebenar Mohamad Shoffi Jikan, 43, ini bukan saja meninggalkan impak tersendiri, malah turut diakui industri perfileman apabila diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 menerusi KL Gangster, dua tahun lalu. 

Sofi Jikan

Seimbas pandang, profil bapa tiga cahaya mata ini tampak mantap dan kukuh. Namun selama 18 tahun mengabdikan dalam bidang seni, laluan Sofi tidak seindah diharapkannya. 


Mengulas senario itu, Sofi berkata, bukan dia mempersoalkan jalan tertulis untuknya yang lebih cenderung sebagai pelakon pembantu, cuma terbuku juga impian di lubuk hati bergelar bintang utama sesebuah filem. 

“Bohonglah kalau saya tak ada keinginan langsung untuk menggalas watak utama. Sebagai pelakon, tentu kita tahu kemampuan dan kerja kita selama ini, tapi sayangnya ruang itu tidak ada. 

“Makan hati juga melihat ramai muka baru dan junior daripada saya mendapat peluang menjadi pelakon utama, tetapi saya masih mendukung pelakon-pelakon utama ini,” katanya. 

Sambung pelakon yang mula dikenali menerusi filem Paloh ini, selama ini rezeki dan peluangnya berpihak pada watak antagonis. Justeru, akuinya, terbit juga hasrat untuk menerajui sesebuah filem berbekalkan pengalaman yang ada. 

“Semua watak jahat dan hitam kecuali syaitan saya sudah ambil. Dalam erti kata lain, saya sudah membuktikan kemampuan diri. 

“Bercakap soal penghayatan, setiap karakter saya bawa adalah eksperimen yang berlainan pada setiap projek. Malah, kalau lihat sendiri alhamdulillah semua watak hitam itu memberikan impak berbeza kepada masyarakat. 

“Sayangnya, peluang untuk melonjak sebagai pelakon utama belum datang. Penggiat seni belum tengok saya main watak utama lagi sebab banyak benda saya hendak beri sebenarnya,” katanya. 

Kata pelakon KL Gangster 2 ini, luahan berhubung perkara itu bersebab. Kekecewaan itu makin memuncak selepas percubaannya menghadiri sesi uji bakat watak utama pahlawan legenda bagi sebuah filem epik kenegaraan baru-baru ini ditolak mentah-mentah. 

“Mereka (produksi) tak pertimbangkan langsung saya sertai filem itu. Saya bukan datang kosong atau syok sendiri tanpa persediaan terlebih dulu. 

“Saya beranikan diri muncul dalam uji bakat filem itu kerana percaya fizikal dan lakonan saya bersesuaian untuk watak itu. Sayangnya, sekali lagi saya diketepikan kerana penggiat tak berani cari kelainan,” katanya. 

Namun Sofi berkata, penantian itu terjawab akhirnya apabila dia diberikan kepercayaan menjadi pelakon utama filem romantik, KL Cinta, baru-baru ini. 

“Alhamdulillah, ada juga pihak beri kepercayaan untuk watak utama dalam filem itu. Watak naif dan romantik itu memang berbeza dengan apa yang biasa saya jayakan sebelum ini. 

“Kena tunggu tahun depan untuk lihat apa yang saya berikan pada filem itu,” katanya yang turut merancang tampil dengan lagu pertama berjudul Madu dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment