Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 13 October 2013

Suri Rumah Mengandung 8 Bulan Dijel Sehari Kerana Mencuri

Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri pakaian kanak-kanak dan wanita di sebuah pasar raya.
Keputusan itu dibuat Majistret Nik Habri Muhamad terhadap tertuduh, Halimah Hashim, 25, dari Rantau Panjang selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat jahat mencuri sembilan helai pakaian kanak-kanak jenama Kiko dan sehelai seluar panjang wanita jenama BUM milik pasar raya Parkson yang dijaga oleh Wan Mohd Anwaruddin Wan Jonee, 25, tanpa kerelaannya bernilai RM473.25.
Kesalahan dilakukan di tingkat dua pasar raya itu di Jalan Parit Dalam, Kota Bharu, pada jam 3.55 petang, 6 April 2013.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.
Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah mengendalikan pendakwaan.

No comments:

Post a Comment