Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 3 October 2013

Suspek Ugut Ketua Polis Pulau Pinang Di Tahan

Pihak polis akhirnya berjaya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes ugutan terhadap Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar..


Menurut info, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan di sekitar kawasan Klang, Selangor..

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown dan direman selama tiga hari..

Sebelum ini, Abdul Rahim dilaporkan menerima SMS ugutan yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi..

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Abdul Rahim kemudiannya telah membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Derah Timur Laut,Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu.

No comments:

Post a Comment