Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 9 October 2013

Tiga Penjenayah Ditembak Mati Di Lebuh Raya DUKE

Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berjaya menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Lebuh Raya Duta-Uu Kelang (DUKE), arah Gombak kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Menurut jurucakap Lebuh Raya Duta Ulu-Kelang (DUKE) setakat jam 5 petang keadaan trafik telah berjalan lancar selepas pihak lebuh raya membuka 2 laluan disepanjang lebuh raya itu menghala ke Gombak.

Beliau turut menasihati agar orang ramai menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesatan lalu lintas di lebuh raya tersebut.
Namun demikian, orang ramai masih disarankan untuk terus menggunakan laluan tersebut kerana keadaan semakin terkawal.
Beliau turut ditanya berkenaan kejadian tembak menembak di lebuh raya tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, kejadian ini telah tersebar secara meluas di laman sosial termasuk di twitter.
Salah satunya daripada @MyOndscene yang mengatakan “Terkini- @PDRMsia Jenayah Berat IPK Sgor berjaya mnmbak mati 3 penjenayah dlm kejadian berbalas tembak di tol sentul Hway Duke sebentar td.”
Pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan kejadian tembak menembak itu.
Laporan tidak rasmi mengatakan polis telah mengekori penjenayah tersebut yang menaiki Proton Wira berwarna hitam dari Klang selepas mereka dikatakan merompak bank di sana.
Kejadian berbalas tembakan berlaku apabila penjenayah mula melepaskan tembakan ke arah polis.

No comments:

Post a Comment