Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 16 October 2013

“Ubat jahanam tu hancurkan hidup saya,”

 “Ubat jahanam tu hancurkan hidup saya,” kata mangsa ubat perangsang seks tiruan hanya mahu dikenali sebagai Mokhsin, 52, yang kini terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu akibat kesan ubat berkenaan.



 Menurut ahli perniagaan yang menggunakan ‘ubat kuat’ dibeli melalui laman web di Internet itu, dia membeli ubat berkenaan selepas berkahwin dengan isterinya berusia 26 tahun berikutan kematian isteri pertama dua tahun lalu. 


 
 “Pada mulanya, saya hanya mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu dan juga telur ayam kampung dengan madu apabila isteri baru mendakwa saya kurang bertenaga di ranjang. 

“Namun, selepas beberapa bulan mencuba, tenaga saya masih tidak bertambah hingga membuatkan saya mendapatkan nasihat doktor dan rakan,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menjalani rawatan di sini, semalam. 

 
Foto
 
Mokhsin berkata, dia mempunyai empat anak hasil perkahwinan pertama dengan arwah isterinya dan berhasrat mendapatkan anak dengan isteri barunya itu.- Metro.



No comments:

Post a Comment