Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 6 October 2013

Video ‘Rangka Manusia’ Pesan Makanan Segera

Bayangkan anda seorang pekerja makanan segera di bahagian pandu lalu.
Apakah perasaan anda apabila pelanggan yang memesan makanan itu bukanlah manusia, sebaliknya rangka bergerak?
Memang melucukan video yang dirakamkan seorang ‘prankster’ yang dikenali dengan nama Magic of Rahat yang kerap memuat naik hasil ‘prank’nya di laman YouTube.


Tindakannya mengenakan pekerja pandu lalu mencetuskan perasaan terkejut dan takut di kalangan mereka sebelum ketawa apabila menyedari bahawa mereka sudah dikenakan oleh Rahat.
Biarpun baru dimuat naik beberapa hari lalu, video tersebut sudah mencecah tontonan sehingga 4,839,003 setakat ini.


No comments:

Post a Comment