Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 7 January 2014

Johan menang saman

Pelawak, pelakon dan pengacara Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi saman menuntut RM1 juta daripada Juara Film Production Sdn Bhd dan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar kerana mengakibatkan kecederaan di dahinya selepas dibaling gelas kaca.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yam dalam keputusannya membenarkan permohonan saman Johan (plaintif) menuntut ganti rugi dan mengenepikan tuntutan saman balas menuntut RM2 juta oleh Mohd Javed (defendan).
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk pengurusan kes serta bagi menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif.

Johan, 29, bersama isterinya, Rozlinawaty Ismail, 32, memfailkan saman dengan menamakan Mohd Javed, 37, dan syarikat produksi itu sebagai defendan pertama dan kedua.
Foto
Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak)

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, beberapa hari sebelum kejadian Johan bersama isterinya berlakon di dalam sebuah program televisyen yang diterbitkan oleh defendan kedua dan lokasi penggambaran adalah sekitar Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment