Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 8 January 2014

Kerana surat raja Nusantara, PTPTN terpaksa buat kenyataan

Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terpaksa membuat kenyataan penafian pemansuhan pinjaman PTPTN. Ini kerana surat pemansuhan tersebut oleh Raja Nusantara yang mabuk ketum sebelum ini [di sini] tersebar.



"Mabuk ketum" kerana raja mentel ini selalu meminati dengan perkataan ketum di FBnya. Bukan alang-alang juga peminat raja mentel ini sehingga melebihi 56 000, lihat di sini. Yelah ramai yang nak mengetahui tentang mabuk terkini darinya. Kadang-kadang seronok juga.

Berikut adalah kenyataan daripada pihak PTPTN.

IPOH 7 Jan. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pemansuhan pinjaman kewangan melalui sepucuk surat yang kemudiannya dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga kini setiap dasar, polisi serta keputusan berkaitan PTPTN tidak pernah dilakukan menerusi medium sosial atau pun melalui mana-mana saluran yang tidak rasmi.

``Kita tidak buat kenyataan sama ada di laman sosial atau mana-mana saluran tidak rasmi berkaitan apa yang kita buat.

``Untuk itu, saya telah meminta pegawai yang bertanggungjawab membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengetahui lebih lanjut pihak yang menamakan diri mereka sebagai Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara (KELN) yang telah memainkan isu itu,'' katanya dalam sidang akhbar Pesta Makanan Tradisional Lenggong di sini hari ini. - UTUSAN ONLLINE

No comments:

Post a Comment