Fenomena aneh itu diabadikan dalam rakaman video yang terjadi di sebuah laman belakang kedai di Portland , Oregon , pada Jun 2012 . Dalam video itu kelihatan seseorang lompat – lompat di atas tanah itu yang akhirnya bergerak – gerak seperti belon air . Akhirnya fenomena itu dibincangkan stesen TV CBS yang menimbulkan spekulasi awam , salah satunya teori ” panacam ” .
Pihak pembangunan akan meletakkan lembaran plastik di tanah yang terjejas teruk kemudian menanam rumput di atas tanah yang diletakkan di atas plastik , ” kata seorang pekerja disitu . ” Jika perkara ini berlaku , maka kemungkinan airnya pecah dan memenuhi plastik di bawah lapisan tanah mencipta buih . ” Selain teori buih air , masih ada kemungkinan lain iaitu faktor gas alam di bawah tanah . ” Bagaimanapun ada plastik di bawah tanah dan apa – apa yang ada di plastik itu menimbulkan gelembung , ” tambah pekerja tersebut .
Boleh dilihat di YouTube bahawa kewujudan ” tilam air rumput ” di Oregon itu bukan satu – satunya . Fenomena ini disebut – sebut biasa dijumpai di lapangan golf , salah satunya yang berukuran 18 inci di Greywolf Golf Course . Khabarnya hal itu disebabkan oleh pecahnya paip gas di bawah tanah lapangan golf .
No comments:
Post a Comment