Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 23 January 2014

Mural Tokoh Di Pulau Mutiara

Mural Tokoh Di Pulau Mutiara. Menerusi projek sosial, The Silent Figures Project (TSFP), misi mereka ialah supaya nama-nama besar ini tidak terus tenggelam



Banyak cara untuk menarik perhatian pelancong asing datang ke negara kita, salah satu cara ialah dengan membuat satu mural seperti yang The Silent Figures Project (TSPF). Mereka memilih tokoh tokoh yang ternama untuk di lukiskan di sudut dinding untuk menjadi tarikan di negeri tersebut. Ikuti kisah lanjut : 
SENI lukisan jalanan atau mural memberi ilham kepada sekumpulan pemuda di Pulau Pinang untuk mengabadikan wajah tokoh-tokoh penting negara untuk tatapan generasi muda.
Menerusi projek sosial, The Silent Figures Project (TSFP), misi mereka ialah supaya nama-nama besar ini tidak terus tenggelam sebaliknya dikenali menerusi tatapan visual.
Projek ini dibiayai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lebuh Acheh Interpretation Center dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Think City Sdn. Bhd. dan Galeri Chandan.
Sebagai permulaan TSFP memilih 12 tokoh terutamanya anak kelahiran Pulau Mutiara untuk dilakarkan oleh pelukis amatur di dinding beberapa jalan utama di negeri itu.
Kenali tokoh :
image12 Mural Tokoh Di Pulau Mutiara
Lakaran wajah tokoh pendidikan negara kelahiran Pulau Betong, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh misalnya, dilukis di laluan Teluk Kumbar menghala ke Balik Pulau.
Mural Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee pula menghiasi dinding kosong di tepi Jalan Sultan Azlan Shah, George Town..
Tokoh-tokoh lain yang dipilih ialah Ahmad Nisfu, M. Zain, Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abu Bakar Asyaari, Sheikh Uthman Jalaluddin, Sheikh Salleh Masri, Cikgu Abdul Razak, Cikgu Mohd. Noor dan Sheikh Abdullah Fahim.
Menurut Pegawai Tadbir YIPP, Mohd. Fitri Ibrahim, projek ini dicetuskan hasil penyelidikan pihaknya yang mendapati ramai kalangan generasi muda tidak mengenali tokoh penting dalam sejarah negara.
Jelas beliau, generasi muda sebenarnya berminat untuk mengetahui jasa dan latar belakang tokoh-tokoh negara tetapi mereka ketandusan sumber.
“Keadaan ini memberi ilham kepada TSFP untuk menterjemahkannya dalam bentuk lebih mudah, kreatif dan menarik menerusi lukisan mural.
“Lebih membanggakan, beberapa pelukis muda bersetuju menyumbangkan kreativiti mereka melakarkan mural.
“Kita mahu buktikan bahawa artis-artis muda tempatan juga mampu menghasilkan karya bertaraf antarabangsa,” ujarnya.
Projek ini juga mampu mencantikkan ruang kosong di sekitar negeri ini sekali gus menjadi tarikan pelancongan baharu.
Setiap mural tokoh-tokoh ini dilukis di tempat berasingan tetapi strategik iaitu tidak jauh dari persimpangan yang sibuk bagi membolehkan pengguna jalan raya menikmati karya tersebut.
Mural Awang Had Salleh misalnya dihasilkan oleh seorang anak muda dari Johor.
Mohd. Fitri berkata, lukisan mural ini diharap mencetuskan perasaan ingin tahu dalam kalangan rakyat mengenai tokoh sejarah negara dan membentuk sikap cintakan tanah air menerusi seni kreatif.

No comments:

Post a Comment