Seorang peragut berjaya ditangkap oleh orang ramai ketika meragut seutas rantai emas seorang wanita di Taman Orkid, Batu 9, Cheras pagi semalam.
Ketika kejadian berlaku, wanita itu sedang berjalan kaki bersama bayi di dalam kereta sorong. Selepas diragut wanita itu menjerit sehinggakan orang awam yang berada berdekatan bertindak mengejar peragut.
Suspek dikatakan cuba melepaskan diri dengan memukul kepala seorang lelaki yang mengejarnya sehingga berdarah. Namun, dengan bantuan beberapa orang ramai, peragut itu berjaya ditangkap. Kaki dan tanganya diikat. Kini, peragut tersebut berada dalam tahanan pihak polis.
No comments:
Post a Comment