Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 23 July 2013

Budak 15 Tahun Beli ‘Senjata’ Di Internet


Umur baru 15 tahun tetapi lagak seolah-olah hendak pergi berperang apabila membeli ‘mainan’ berupa senapang jenis M16, dua laras Air Rifle MP5, pistol jenis Glock dan Colt .45 automatik tiruan di internet bernilai lebih RM2,000.
Bagaimanapun, hobi janggal pelajar tingkatan tiga itu mengumpul ‘mainan’ tersebut mengundang padah apabila dia diberkas di rumahnya di sekitar bandar ini oleh sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan Ipoh pada pukul 12 tengah hari kelmarin.
Dia kemudian dibebaskan selepas keterangannya diambil dengan jaminan mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967.
Mengulas lanjut, Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, pelajar itu diberkas selepas pihaknya mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika mengimbas satu bungkusan di Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh Sabtu lalu.
Katanya, kesemua senjata seperti M16, Air Rifle MP5, pistol jenis Glock dan Colt 45 automatik itu berkualiti tinggi dan hampir menyerupai yang tulen selain mampu mendatangkan kecederaan parah jika terkena tembakan yang dilepaskan.
“Siasatan awal percaya remaja itu membeli sendiri senjata-senjata tiruan terbabit melalui sebuah laman web syarikat di luar negara untuk dijadikan ‘mainan’.
“Kita masih menyiasat dari mana remaja itu mendapatkan wang untuk membeli senjata tiruan tersebut. Remaja itu membeli senjata berkenaan dengan cara memindahkan wang ke akaun laman web syarikat berkenaan,” katanya.
Tambahnya, MP5 yang dirampas menggunakan peluru tembaga manakala yang lain disertakan dengan kelongsong peluru getah. Nilai rampasan dianggarkan RM2,043.90 dan dutinya pula sebanyak RM878.88.

No comments:

Post a Comment