Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 23 July 2013

Seniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia


Seniwati veteran Datin Umi Kathum meninggal dunia pada usia 81 tahun di rumah anak sulungnya di Saujana Melawati, Kuala Lumpur hari ini.
Menurut cucunya yang enggan dikenali, neneknya itu didapati telah meninggal dunia sewaktu Allahyarham mahu dikejutkan untuk makan sahur pagi tadi.
“Dalam pukul 4.30 pagi sewaktu kami mahu mengejutkan nenek makan sahur badan nenek sejuk dan kaku. Ketika itu dia sudahpun meninggal dunia,” katanya.

Allahyarham yang juga isteri kepada pelakon veteran Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan ibu penyanyi Noor Kumalasari itu meninggalkan lapan anak dan 16 cucu.


Jenazah arwah yang dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 18 Oktober 1932 itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate sebelum solat zuhur.


No comments:

Post a Comment