Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 21 August 2013

Adik Bersama Dua Rakan Samun Abang


Polis menahan tiga lelaki yang merompak pekerja sebuah syarikat telekomunikasi di Kampung Batu Putih, Kerteh di Kemaman kira-kira sejam selepas mereka melarikan wang tunai dan kad prabayar berjumlah RM90,000.
Antara suspek yang ditahan termasuk adik kepada salah seorang mangsa berusia 25 tahun dan bekerja sebagai penjaga di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan dua beradik itu berpakat dalam kejadian rompak itu.
“Polis sedang mengesan mangsa yang juga abang kepada suspek berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, dua rakan sekerja di sebuah syarikat telekomunikasi berusia 33 dan 26 tahun dirompak tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord.
Penjenayah itu dikatakan memintas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa sebelum keluar dan mengugut salah seorang daripada mereka dengan menggunakan pedang.
Suspek kemudian melarikan sebuah beg sandang mengandungi wang tunai RM37,652 dan kad prabayar bernilai RM52,710 milik mangsa.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil tindakan pantas, kereta dinaiki suspek berjaya dikesan di persimpangan lampu isyarat Kampung Besut, Kemaman kira-kira sejam kemudian.
Menurut Manoharan, polis kemudian menahan kereta tersebut dan menemukan semula beg sandang bersama wang tunai serta kad prabayar yang dicuri.
“Ketika ditahan polis turut merampas pedang, parang, pisau, besi dan tukul dalam kereta dinaiki suspek yang dilaporkan hilang di Muar, Johor sebelum ini,” katanya.
Manoharan memberitahu, dua rakan suspek yang ditahan berusia 20 dan 26 tahun berasal dari Kedah dan Melaka.
Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.

No comments:

Post a Comment