Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 6 August 2013

Bayar RM500 Tempah Pelacur Di Internet


Taktik seorang pelacur warga Uzbekistan yang mengiklankan perkhidmatan seks dalam sebuah laman web berbahasa Cina terbongkar apabila wanita itu ditahan di sebuah hotel di Nilai semalam. 

Pengarah imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, ketika ditahan wanita berusia 31 tahun itu didapati sedang melayan seorang lelaki di bilik hotel berkenaan. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil. 

Katanya, aktiviti wanita itu dikesan sejak beberapa hari lalu selepas dia mengiklankan perkhidmatan seks di sebuah laman web dengan bayaran antara RM450 hingga RM500. 

“Kita menerima aduan daripada orang awam yang curiga dengan iklan di laman web berkenaan sebelum kita membuat siasatan lanjut sehingga wanita ini berjaya diberkas. 

“Dia sudah dua kali datang ke negara ini. Terbaharu, dia didapati masuk ke sini pada 24 Januari lalu sebagai pelancong,” katanya. 

Tambahnya, pelanggan yang melayari laman web berkenaan akan menghubungi wanita terbabit sebelum menetapkan hotel untuk bertemu. 

Menurut Faizal, wanita itu bergerak aktif di Seremban dan Nilai kerana bimbang aktivitinya dikesan sekiranya menawarkan perkhidmatan di bandar besar seperti Kuala Lumpur. 

“Kita turut merampas berpuluh-puluh kondom dan cecair pelincir yang digunakan untuk aktiviti persundalan tersebut,” katanya. 

Ujar Faizal, semakan mendapati wanita terbabit baru dua hari mendaftar di hotel dua bintang berkenaan. Dia juga cuba membuang kondom yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas tetapi gagal. 

Wanita itu kini ditahan di Depoh Tahanan Lenggeng dekat sini untuk siasatan lanjut...

No comments:

Post a Comment