Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 4 August 2013

Budak 21 Bulan Mati Lemas Dalam Mesin Basuh


“Setiap kali mendengar suara bayi jiran menangis ketika tidur, saya akan terjaga dan berharap ia adalah anak saya, namun itu tidak mungkin akan berlaku,”, kata Tiffany Hebb. Wanita ini tidak mungkin akan lupa untuk selamanya bagaimana anaknya yang berusia 21 bulan, Ollie Hebb meninggal dunia selepas lemas di dalam mesin basuh.
Kejadian berlaku pada 23 Mac lalu selepas Ollie yang suka membantu ibunya membasuh baju, telah memanjat ke atas mesin basuh itu supaya dia dapat memasukkan baju ke dalam mesin berkenaan, iaitu aktiviti hariannya.


Perbuatannya itu tidak disedari Tiffany yang ketika itu sedang membaca majalah kira-kira 30 meter dari kawasan berkenaan.
Namun tanpa diduga, Ollie hilang selama beberapa minit, menyebabkan Tiffany mencarinya di seluruh rumah, namun gagal menemuinya.
“Saya berlari mencarinya sambil memanggil namanya, namun gagal menemui Ollie. Saya tidak menyangka yang dia sebenarnya berada dalam mesin basuh,” katanya.
Ollie, yang tidak sedarkan diri selama 24 jam akhirnya menghembuskan nafas terakhir keesokannya selepas ibu dan bapanya memutuskan untuk mematikan mesin sokongan hayatnya.
Organ Ollie didermakan kepada kanak-kanak yang memerlukannya.

No comments:

Post a Comment