Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 4 August 2013

Tiga Lelaki Iran Ke Tali Gantung Kerana Mengedar Syabu


Tiga lelaki warganegara Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 859.9 gram di Hospital Serdang pada Februari tahun lepas.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati tertuduh, Hossein Shakeri, 40, seorang mekanik; Mahdi Afrasiabi, 29, jurukimpal dan Arshad Mohamad Senjedeh, 29, penjual barangan komputer, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Hossein didakwa mengedar 87.9 gram syabu, Mahdi 306 gram syabu dan Arshad 466 gram syabu di Hospital Serdang, antara 3 dan 4 Feb 2012.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata berdasarkan keterangan saksi, ketiga-tiga tertuduh ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.
Hakim itu berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga lelaki itu menemui pada badan mereka ketulan kapsul disyaki dadah dan hasil analisis mengesahkan bahawa kapsul tersebut berisi dadah jenis syabu.

No comments:

Post a Comment