Malang tidak berbau bagi seorang pengusaha kedai kek dan roti di Simunjan, Kuching, apabila tangan kanannya hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedainya, semalam.
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Alice, 40-an yang mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi.
Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.
Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.
No comments:
Post a Comment