Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 22 August 2013

Restoran Nazi Di Bandung Cetus Kontroversi


Pihak berkuasa Indonesia akan memanggil seorang pengusaha kerana membuka sebuah restoran di Bandung yang menggunakan tema tentera Nazi.
Tindakan diambil sepelas kemunculan restoran Soldantenkaffee itu mencetuskan kontroversi kalangan penduduk dan juga pelancong.
Ini kerana ia menggunakan pendekatan keterlaluan dengan mempamerkan banyak lambang Nazi, mempunyai dinding merah, bendera besar Nazi serta patung Adolf Hitler.


Tidak cukup dengan itu, pelayan di restoran berkenaan juga lengkap berpakaian uniform tentera Nazi yang amat dibenci masyarakat antarabangsa kerana kekejamannya pada zaman perang dunia kedua.
Lebih memeranjatkan, restoran tersebut turut menawarkan menu makanan ‘Nazi Goreng’.
Kesemua gambar-gambar berkenaan dimuat naik ke Facebook restoran tersebut.
Restoran itu telah mula beroperasi sejak April 2011, namun ia hanya mendapat kecaman selepas berita mengenainya disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini.

Timbalan Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivananda berkata, pemilik restoran berkenaan, Henry Mulyana telah dipanggil bertemu pegawai bagi membincangkan apakah motif sebenar beliau membuka restoran tersebut.
“Simbol-simbol berkenaan dikenali sebagai lambang keganasan dan perkauman di peringkat antarabangsa,” kata Ayi.
Sebelum ini, Henry pernah memberi penjelasan bahawa dia tidak berniat untuk mencetuskan kebencian.
Dia menegaskan, beliau melakukan perkara itu semata-mata untuk menarik kehadiran ramai pelanggan tempatan dan asing.
Henry juga menafikan dia adalah pro-Nazi dan menyokong Hitler.
“Saya hanya seorang peniaga, bukan orang politik,” katanya sambil menambah ramai pekerjanya akan hilang sumber pendapatan sekiranya restoran itu ditutup.




No comments:

Post a Comment