Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 2 August 2013

Sempat Meniarap Sebelum Gerai Buah DiLanggar


Jeli: “Saya melihat kenderaan itu merempuh sebuah motosikal yang diparkir berhampiran gerai sebelum melanggar seorang pelanggan. Saya dan rakan pula sempat meniarap mengelakkan dirempuh kereta berkenaan. Mujur kami selamat,” kata pemilik sebuah gerai buah-buahan, Mariam Tophi, 49, apabila gerainya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Ayer Lanas Luar, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian jam 4.45 petang itu menyebabkan gerai berkenaan dan sebuah motosikal rosak teruk selain barangan jualan bertaburan di tepi jalan.

Kejadian turut menyebabkan seorang wanita, Haizan Salleh, 56, cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Jeli.

Difahamkan, pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux berusia lingkungan 40-an itu turut cedera ringan dan menerima rawatan di hospital sama.


Menceritakan kejadian itu, Mariam berkata, ketika itu dia leka berbual dengan rakannya, Zainab Ismail, 60.


Katanya, kejadian berlaku begitu pantas hingga dia sendiri tidak menyedari kehadiran kenderaan berkenaan.

“Kami hanya berupaya meniarap saja untuk mengelakkan dirempuh kereta. Mujurlah kami masih selamat jika tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.


“Pada mulanya saya melihat kenderaan pacuan empat roda itu merempuh sebuah motosikal saya yang diparkir berhampiran gerai sebelum melanggar wanita terbabit,” katanya.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke Jeli dan dipercayai mengantuk lalu merempuh gerai berkenaan.


Mariam berkata, ia adalah pengalaman mencemaskan yang dilaluinya sejak berniaga di situ kira-kira dua tahun lalu.


“Walaupun gerai musnah sama sekali, saya tetap bersyukur kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


No comments:

Post a Comment