Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 21 August 2013

Simptom & Tanda Haiwan Peliharaan Sedang Sakit

Bagi yang memiliki haiwan peliharaan seperti kucing, hamster atau harimau, bolehlah membaca artikel tentang simptom dan tanda yang menunjukkan haiwan kesayangan anda sedang sakit dibawah. Mungkin boleh membantu memberikan kepastian sebelum membawanya berjumpa  doktor veterinar yang terdekat.


Jika berlaku perkara dibawah, sila berikan lebih perhatian kepada si manja anda:

1. Tidak makan atau hilang selera makan
Ini adalah simptom yang paling biasa ditunjukkan apabila haiwan kesayangan anda tidak sihat. Sekiranya kucing anda dah tak makan selama 24 jam, jangan bertangguh, bawa secepat mungkin ke klinik haiwan yang berhampiran untuk diberi rawatan. Janganler tunggu sampai kawan tu lembik dan tak bermaya baru nak dibawa ke klinik.
Kebanyakkan penyakit yang dihidap oleh kucing akan menunjukkan tanda ini pada awal jangkitan. 
2. Kencing tak lawas/ berdarah
Ini satu lagi yang perlu diberi perhatian. Dalam kes batu karang pada kucing, perkara nih memang berlaku. Menonggeng-nonggeng kucing tu nak kencing. Meneran-neran…yang keluar hanya setitik atau 2 titik air kencing. Ada juga kucing yang kerap kencing. Ini pun tak normal. Perhatikan warna urin atau air kencing tu. Selalunya warnanya akan bertukar kepada kemerahan (ada darah) atau lebih keruh daripada biasa.
Sekiranya berlaku macam ni, cepat-cepat bawa haiwan kesayangan anda ke klinik. Kelewatan boleh menyebabkan kucing nih hilang nyawa baiii…..Sepanjang pengalaman aku ler, selalunya masalah nih terjadi kepada kucing jantan yang mempunyai berat badan lebih daripada 3 kg.
3. Hilang berat badan
Kalau boleh, tiap bulan bawa ler kucing tu ke klinik untuk dapatkan timbangan berat badan dia. Kalau malas ke klinik, timbang je kat rumah guna timbang jual getah pun takpe…kekekeke. Rekodkan berat badan kucing tuh. Hilang berat badan yang dimaksudkan di sini adalah kehilangan berat badan yang ketara. Kalau setakat hilang 10% berat badan tu kira biasa je tuh. Lebih-lebih lagi kalau kucing jantan diwaktu musim mengawan.
Kalau dah kurus kering, payah nak naik balik berat badan kucing tu. Jadi, tolong ler monitor berat badan kucing anda ye…
4. Masalah dengan pernafasan
Masalah yang utama, ada cecair atau hingus keluar melalui hidung. Bermula daripada cecair jernih, jika dibiar berlarutan akan menjadi kronik atau bertukar menjadi kekuningan. Kes selsema pada anak kucing adalah lebih kritikal sehingga boleh menyebabkan kematian.
Kesusahan bernafas, mencungap-cungap, ternganga-nganga atau terjelir lidah untuk bernafas juga perlu diberi perhatian. Sekiranya pernafasan haiwan terganggu, perolehan oksigen oleh tisu badan juga akan terganggu dan akhirnya boleh membawa kematian.
5. Sakit kuning/ jaundis
Simptom ini pun selalu berlaku. Masalahnya owner selalunya kurang peka dengan perubahan warna kulit haiwan. Maklumler menda berbulu…heheheh. Selalunya episodnya bermula dengan demam yang melampau. Kucing biasanya tak makan beberapa hari.
Cara nak tengok samada kucing kita ada sakit kuning ke tidak…senang jek. Cuba periksa kulit cuping telinga belah bawah, putih mata dan gusi kucing tu. Kalau nampak pertukaran warna menjadi kuning, memang sah ler kucing tu mengidap jaundis.
6. Keletihan, kelesuan atau lemah
Tanda-tanda ni juga penting. Sekiranya tanda-tanda ni berlarutan lebih sehari, kucing anda perlu dibawa berjumpa doktor secepat mungkin.
7. Demam
Kucing ni berdarah panas. Kekadang kita tak perasan kucing ni demam atau suhu badannya meningkat. Kalau nak monitor sendiri kat rumah senang je. Beli jangkasuhu kat farmasi. Basahkan buli jangkasuhu dengan air. Tusukkan (errkk…macam ganas je..hehehe) jangkasuhu tu kat anus @ lubang bontot.. Biar seminit… ambil reading. Kucing yang normal sepatutnya mempunya suhu badan sekitar 38.6 degree celcius. Kalau suhu mencanak2 tinggi…domam la tuh. Copek bawak poie klinik bai…
8. Kejang atau sawan
Ni pun selalu gak berlaku. Kucing tetiba kejang atau sawan. Sampai berbuih-buih mulut pun ada. Macam nak kayuh basikal pun ada…phew! Selalunya berlaku pada kucing yang mengalami demam yang melampau. Cepat-cepat bawa ke klinik!
9. Mata merah
Mata merah bukan sebab nangis der…Mata merah ni selalunya merujuk kepada keradangan pada kelopak mata. Cuba perhatikan bola matanya sekali. Sekiranya terdapat tanda2 ulser, ia perlukan rawatan. Agak biasa berlaku pada anak-anak kucing. Sampai melekat-lekat tak boleh bukak mata. Kekadang ada nanah lagi…
10. Berak darah
Berak bercampur darah. Banyak atau sikit tak penting. Yang penting ada nampak darah. Kalau banyak…teruk ler tu.Pada anak kucing pun biasa gak berlaku…tapi darah tu sikit je.
11. Muntah darah
Bahaya nih. Cepat bawak ke klinik. Kes macam ni berlaku sekiranya ada ulser dalam perut atau haiwan tu mengalami masalah pada organ hati.
Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment