Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 18 August 2013

Tiga Kerabat Diraja Parah, Seorang Maut


Seorang lelaki maut, tiga kerabat diraja Kelantan parah manakala empat yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang – Kuala Krai berhampiran Bukit Sejuk pagi ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Saiful Bahri Awang, 41, manakala tiga yang cedera parah ialah Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, serta dua adiknya, Tengku Fatimah Ainura, 34 , serta Tengku Farini Amelina, 26.
Bapa kepada tiga beradik itu, Tengku Feissal Sultan Ibrahim adalah sepupu kepada ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Isteri Mohd. Saiful Bahri, Siti Nor Fazlina Mohamad, 34; pemandu kereta jenis Proton Persona, Mohd Faizal Mohd Sukri, 30, serta pasangan suami isteri, Yusri Ismail, 31 dan Faradila Kadir, 30, yang menaiki Perodua Alza cedera ringan dan dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).
Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Tengku Ibrahim Farihaddin hilang kawalan lalu bertembung dengan tiga buah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Beliau berkata, pertembungan itu telah menyebabkan Mohd. Saiful Bahri yang memandu kereta Proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua buah kereta lagi terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter.
“Proton Saga itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Persona, Proton Iswara dan Perodua Alza.
“Pemandu Perodua Alza berjaya mengelak dan hanya terkena sedikit sahaja rempuhan. Pertembungan itu telah menyebabkan kereta jenis Proton Iswara dan Proton Saga yang dipandu Mohd. Saiful Bahri serta Tengku Ibrahim Farihaddin terjunam ke dalam gaung,” katanya.
Difahamkan salah seorang daripada kerabat diraja Kelantan itu tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki akibat rempuhan kuat.

No comments:

Post a Comment