Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 23 August 2013

Tun Mahathir Sindir Tun Badawi


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab tuduhan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bahawa Malaysia mungkin bangkrap jika idea-idea dan projek zamannya diteruskan pada zaman Abdullah seperti yang terkandung dalam buku The Awakening.
Entri dengan 11 poin itu dimulakan dengan Dr Mahathir berkata beliau gembira apabila Tun Abdullah menerangkan bahawa beliau tidak menulis mengenai negara bangkrp itu tetapi ‘ditulis oleh si penemuramah’.
“Saya harap beliau (Pak Lah) tidak kisah jika saya mahu membersihkan nama berhubung apa yang ditulis oleh penemuramah berkenaan dalam ‘The Awakening’,” kata beliau melalui blog miliknya (chedet.cc).
Dr Mahathir mengakui beliau seorang pemimpin yang boros kerana menghabiskan wang kerajaan untuk membangunkan Projek Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain lagi.
“Kalau Tun Abdullah menggantikan saya lebih awal semua itu (projek-projek yang disebutkan di atas) akan diberhentikan bagi menyelamatkan Malaysia daripada bangkrap. Sepertinya, beliau berjaya menghalang pembinaa jambatan bengkok dan projek laluan keretapi elektrik berkembar,” katanya.
Tambah beliau, pembinaan jambatan berkenaan hanya menelan belanja di bawah RM 1 bilion namun kos ganti rugi akibat pembatalan itu menelan RM200 juta.
Dr Mahathir selanjutnya memberikan banyak lagi contoh ‘penjimatan’ yang dibuat oleh Abdullah.
Namun jelas daripada entri beliau itu bahawa penjimatan yang dilaungkan Abdullah lebih mencerminkan kebodohan Perdana Menteri itu
Mesej Tun Mahathir di akhir entri berkenaan adalah mudah bahawa walaupun ‘kerajaan yang kaya’ bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12, hasilnya rakyat memberikan 5 negeri dan sebuah wilayah persekutuan kepada pembangkang.
“Hanya majoriti yang kecil diberikan kepada kerajaan yang pandai berjimat-cermat,” katanya.
Rakyat tidak menghargai ‘kerajaan kaya’ yang cuba Abdullah wujudkan.
Dr Mahathir berkata, jika beliau berundur lebih awal, sudah pasti kita semua duduk atas gunung wang ringgit.

No comments:

Post a Comment