Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Aaron Aziz Masih Hidup - Diyana Halik

Kekecohan setelah timbul laporan mendakwa aktor Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku di Switzerland mengundang jawapan terus dari isterinya sendiri iaitu Diyana Halik.


"Untuk pengetahuan semua, suami saya kini berada di Cape Town untuk menjalani rakaman program Fear Factor. Saya tidak terkejut kerana ketika berita itu sampai ke pengetahuan saya, saya baru habis bercakap dengannya iaitu pada jam 4 pagi waktu pagi waktu tempatan (10 malam di Cape Town)," jelasnya.

Diyana juga sempat memberitahu rakan media;

"Keluarga di Singapura ada menghubungi bagi bertanyakan hal tersebut, tetapi bagi keluarga rapat kami, mereka tahu suami saya kini berada di Cape Town."

Diyana juga sempat meninggalkan pesanan buat mereka yang sering dan suka mereka-reka cerita.

"Biarlah orang nak buat apa. Saya rasa apa yang dilakukan ini saya penganiayaan buat kami sekeluarga. Hanya tuhan yang tahu," pesannya.

No comments:

Post a Comment