Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 13 October 2013

Aeril Zafrel Persoal Tujuan Wartawan Dedah Hal Peribadinya

Lagi cerita disebalik kontroversi dua pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang disahkan telah bernikah dua kali secara sembunyi. Pasangan ini telah berterus terang dalam sidang media yang diadakan Jumaat lalu. Namun, dipertengahan majlis itu berlangsung keadaan menjadi agak tegang apabila para wartawan agak berang dengan sikap berdolak dalih Aeril Zafrel untuk menjelaskan hal sebenar.


Malah Aeril Zafrel turut mempertikaikan kenapa wartawan sibuk untuk cuba mendedahkan hal peribadinya sedangkan dia berhak untuk mendedahkan hal sebenar atau tidak. Biarpun begitu, Aeril mengakui agak kesal kerana terpaksa merahsiakan penikahannya dari semua pihak.
“Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.” tegas Aeril.
Dalam pada itu, Aeril juga turut kesal kerana anaknya dituduh sebagai anak tidak sah taraf (luar nikah). Dia juga berkata, lebih rela dihina tetapi sedih apabila melihat anaknya yang sedang tidur dianggap anak haram oleh segelintir masyarakat.
“Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih”, katanya.
Didalam keadaan yang tegang itu, akhirnya Wawa Zainal bersuara dan meminta maaf kepada semua pihak kerana menafikan tentang status perhubungannya dengan Aeril Zafrel. Menurut Wawa segalanya yang mereka lakukan adalah bersebab.
“Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab”, kata Wawa.

No comments:

Post a Comment