Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 13 October 2013

Ibu Jadi Inspirasi Ning Baizura Lahirkan Perfume Ning

Di mana terletaknya kejayaan seseorangitu kalau tidak disokong oleh individu yang paling penting dan bermakna dalamhidup.

Begitu juga dengan penyanyi popular Ning Baizura. Sokongan dan dorongan ibu tersayang dalam melalui liku-liku hidupnya sebagai anak seni nampaknya membuahkan hasil dari awal kemunculannya sehingga hari ini.

Malah kemunculan haruman pertamanya iaitu NING yang didambakan penyanyi berkenaan sejak sekian lama, sekali lagi telah mendapat restu daripada ibunya,Satilah Abdullah.


Ditemui pada majlis pelancaran haruman NING di pusat beli-belah, Pavilion baru-baru ini, Ning Baizura berkata inspirasi bagi melahirkan haruman berkenaan adalah daripada ibunya iaitu sebagai seorang wanita yang telah banyak menabur jasa dalam hidupnya.

“Memang haruman ini saya tujukan kepada semua wanita terutama wanita yang bekerjaya, bergelar ibu dan juga semua wanita di luar sana.

“Tapi secara peribadinya, inspirasi bagi melahirkan haruman ini adalah daripada ibu saya sendiri. Saya tujukan khas haruman ini bukan sahaja sebagai hadiah kepada peminat tetapi terutama sekali buat ibu saya,” katanya.

Haruman NING yang dijual dalam kuantiti 100 ml pada harga RNM159, boleh didapati di pusat beli-belah Parkson di Pavilion, Selayang, Seremban, Melaka Mall dan Kota Bharu.

Turut boleh didapati di pusat beli-belah The Store Pacific, Sungai Petani, The Flying Emporium, Duty Free Flying Emporium, Dimenci LCCT, C&F Langkawi, Emporium LCCT dan Lapangan Terbang Antabangsa KLIA.

Tambah Ning Baizura, proses untuk melahirkan NING memakan masa selama dua tahun, bagaimanapun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat dijadikan langkah pertama untuk dia bergelar seorang usahawan wanita.

Tidak sendirian, NING yang dilahirkan daripada syarikatnya, HappeNING (M) Sdn Bhd mendapat kerjasama daripada suami tercinta, Omar Dalton dan juga rakan niaganya bagi memastikan impiannya itu terlaksana.

“Syukur Alhamdulillah, saya berasa amat berbangga kerana akhirnya haruman ini telah dilahirkan. Bukannya satu kerja yang mudah apatah lagi sekarang saya perlu menjaganya dengan baik untuk memastikan segala usaha saya ini berjalan dengan baik.

“Semuanya masih baru dan kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana maklum balas yang akan saya terima daripada orang ramai. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment