Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 3 October 2013

Ashraf Muslim Kini Sedang Bersiap Majlis Resepsi?

Sebelum ini, terdengar khabar angin mengatakan isteri kedua kepada pelakon Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah sudah pun berbadan dua, ternyata khabar angin itu benar apabila Ashraf Muslim sendiri telah mengaku di dalam sebuah akhbar tempatan dan beliau cukup gembira.


Dalam pada sibuk menghitung hari menerima cahaya mata, dikhabarkan pula cerita mengenai persiapan majlis resepsi (persandingan) Ashraf Muslim dan isteri barunya itu tidak lama lagi.

Difahamkan, majlis tersebut bakal diadakan pada bulan November ini di Ipoh perak di sebuah dewan.Dikatakan juga pelbagai persiapan sudahpun dijalankan termasuk baju pengantin dan juga pelamin yang bakal disediakan oleh sebuah perancang perkahwinan terkenal.

Kalau benar berita ini pasti ramai yang tak sabar melihat persandingan Ashraf dan Wan Sakinah. Apapun, diharapkan khabar yang diberitakan oleh portal Murai ini benar belaka....

No comments:

Post a Comment