Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 3 October 2013

Pesanan Terakhir Pelumba Basikal Terengganu

“Lepas ni mak tak payah (perlu) basuh baju ambe (saya) doh,” itu pesanan terakhir atlet lumba basikal Terengganu, Mohamad Asmu'i Ali@Awang, 20, yang maut di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan..


Kata-kata itu diluahkan atlet lumba basikal Sukma Terengganu 2014 pada malam sebelum beliau terlibat dalam kemalangan kepada ibunya, Kuntum Jusoh, 62, sebelum masuk ke bilik tidurnya di kediaman keluarga di Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini.

Bapa mangsa yang ditemui, Ali@Awang Sulong, 68, berkata, arwah memang rapat dengan ibunya dan sekiranya dia (mangsa) sibuk, ibulah yang membasuh pakaiannya termasuk mengemas baju yang hendak dibawa ketika mengikuti kejohanan berbasikal.

“Kami tidak menyangka sikapnya yang agak pendiam malam tadi (malam semalam) adalah petanda kami akan kehilangannya. Biasanya dia agak tegas apabila anak saudaranya buat bising, tetapi malam tadi dia diam sahaja.

“Semua ini berlaku dengan cepat, apa boleh buat, pakcik terima walaupun dia meninggal dalam keadaan begini (berbasikal) sebab memang itu yang dia minat dari kecil lagi,” katanya.

Mohamad Asmu'i sempat bersalaman dengan keluarga jam 8.30 pagi semalam sebelum keluar menyertai latihan berbasikal bersama kumpulannya, sebelum keluarga menerima berita kemalangan itu lebih kurang jam 12 tengah hari.

Kehilangan anak bongsu daripada 10 beradik itu turut dirasai kakaknya, Nor Kamisah, 32, yang bercadang untuk menyediakan makanan kegemaran Allahyarham, iaitu lontong pada Aidil Adha nanti.

“Dia (arwah) suruh saya buat lontong sebab dia memang suka makan yang saya masak, tapi saya janji dengan dia nak buat masa hari raya nanti.

“Bila dah jadi macam ini, saya terkilan sangat sebab tidak sempat memasak makanan kegemarannya,” katanya.

Mohamad Asmu'i yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara jurusan Diploma Sains Sukan itu, sempat menghabiskan dua bungkus nasi lemak ketika bersarapan bersama keluarga sebelum keluar pagi semalam.

“Biasanya dia makan sebungkus nasi lemak setiap kali sarapan pagi, tetapi hari ini (semalam) dia habiskan dua bungkus kerana dia kata mahu makan banyak,” jelasnya.

Jenazah Mohamad Asmu'i disembahyangkan di Masjid Kampung Kolam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kolam, selepas waktu Asar, petang semalam.


No comments:

Post a Comment