Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 16 October 2013

David Teo Nafi Ada Motif Mahu Jatuhkan Wawa Zainal, Aeril Zafrel

Selepas laporan mengatakan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sudah bernikah menjadi perhatian ramai, Wawa Zainal melalui Twitter menulis satu kemaskini yang berbunyi seperti beliau sudah mengetahui siapa dalang di’sebalik penyebaran berita itu.


Salah seorang individu yang terpalit dengan tuduhan sebagai dalang di sebalik semua ini adalah David Teo yang merupakan Pengarah Urusan MIG Pictures Sdn Bhd di mana Wawa Zainal bernaung sebagai artis residen.

Melalui Berita Harian hari ini, David Teo memaklumkan yang beliau berasa hairan kerana ramai yang beranggapan individu yang dimaksudkan Wawa Zainal dakan status Twitter itu seolah olah merujuk kepada dirinya.
“Kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular”
“Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MIG, takkan saya mahu lihat anak sata gagal dalam kehidupannya,” jelas David Teo tentang dakwaan itu.
Dalam temubual yang sama, David Teo meminta Wawa Zainal untuk menghubungi MIG Pictures bagi membincangkan perihal kerjayanya dan melihat aktres itu mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dalam kariernya.

No comments:

Post a Comment