Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 16 October 2013

Pengurus Banyak Masalah, Izara Aishah Urus Sendiri Jadual Kerjaya

Kalau anda pernah dengar yang Izara Aishah sebelum ini ada sikap sombong dan mempunyai masalah dengan pihak media, anda boleh berterima kasih kepada pengurus beliau sebelum ini yang sebenarnya bermasalah.
Namun semua itu sudah berakhir kini apabila Izara Aishah mengambil keputusan untuk mula menguruskan sendiri jadual kerjaya beliau dan tidak lagi menggunakan khidmat pengurus.

“Sekarang ini saya uruskan sendiri kerjaya saya. Sebelum ini memang saya ada pengurus tapi banyak berlaku salah faham dan timbul kerumitan. Sebelum ni pengurus saya terdiri dari kawan kawan dan sepupu saya dan mereka tak berapa pandai uruskan kerjaya saya”
“Disebabkan tu berlaku salah faham & timbul macam macam cerita yang akhirnya memburukkan nama saya,” jelas Izara Aishah yang sudah bertukar pengurus empat kali.
“Jadi sekarang ni saya nak bersihkan nama saya. Allhamdulillah setakat ni saya boleh uruskan sendiri jadual kerjaya saya,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment