Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 25 October 2013

Ella Dah Hamil Kerana Suntikkan???


ella-hamil1+xlupa.net_
Ella dikatakan telah hamil 2 bulan.Mungkin hasil suntikkan yang telah diambil selepas dia berkahwin.
Bagaimanapun setakat ini masih tiada sebarang kepastian atau kenyataan yang keluar dari mulut Ella sendiri.
Jika benar seperti apa yang dikatakan, tahniah diucapkan. Pastinya Ella dan suami merupakan orang yang paling gembira kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan anda, Ella dan suaminya, Azhar selamat diijabkabulkan pada bulan Julai 2012 ketika berusia 46 tahun.
ella-hamil+xlupa.net_
Sebelum ini :
Ella 46 dan suaminya, Azhar Ghazali, 32, sentiasa berusaha agar doanya mempunyai anak satu hari nanti akan dimakbulkan Tuhan.
Malah, sebaik selamat diijab kabul pada 7 Julai lalu, Ella sudah pun mengambil suntikan Rubella atas nasihat doktor supaya mudah untuk hamil.
Suntikan itu memakan masa hampir 3 hingga 6 bulan untuk Ella hamil.
“Kami tetap berusaha untuk mendapatkan zuriat dan sebab itu saya sudah mendapatkan suntikan Rubella sebaik sahaja saya bernikah. Saya mendapatkan suntikan itu atas nasihat doktor.
“Selepas mendapat suntikan Rubella, doktor memberitahu saya perlu mengambil masa 3 hingga 6 bulan sebelum hamil,” kata Ella yang dipetik dari laporan Murai.com.
Bagi Azhar pula, dia memberitahu mereka berdua tidak pernah merancang untuk mempunyai zuriat dalam tempoh masa yang tertentu.
Justeru, dia sentiasa berusaha sama seperti Ella dan hanya menyerahkan kepada Tuhan untuk dikurniakan rezeki anak secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment