Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 2 October 2013

Emma Maembong & Johan As’ari Jadi ‘Gila’ Sekejap!

Siapa yang mengikuti perkembangan pelakon jelita, Emma Maembong pasti sudah masak dengan sikap ‘happy go lucky’ dan gila-gilanya yang kerap ditunjukkan melalui rakaman video di laman sosialnya.
Terbaru, videonya bersama pelakon, Johan As’ari sedang menari ‘gila-gila’ telah dimuat turun di Instagram miliknya kira-kira dua minggu lalu dan kini mula tersebar di laman YouTube.

Melalui ‘caption’ yang disertakan pada video tersebut, Emma menjelaskan bahawa rakaman itu diambil sewaktu penggambaran telefilem ‘Satu Hari di Hari Raya’ yang disiarkan pada Aidilfitri yang lalu.
“Ini cara kami nak lepaskan penat. Haha,” katanya melalui laman tersebut.
Video itu ternyata mendapat respon positif dari para peminat yang sudah sedia maklum akan perangai lucu Emma.
Mungkinkah rakaman ini pula yang akan menjadi sensasi selepas video ‘Emma Maembong Mengamuk ‘ dulu?



No comments:

Post a Comment